Pages

Friday, November 12, 2010

KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH

Perhatian untuk PK Kokurikulum SM Daerah Timur Laut,
Dengan segala hormatnya, untuk makluman tuan, kursus Pengurusan Pemimpin Kelab dan Persatuan bagi Daerah Timur Laut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 hb.November 2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang.
Tempat : Dewan SMK Abdullah Munshi,
Jalan P. Ramlee , 10460 Pulau Pinang.
Pendaftaran : 7.30 – 8.00 pagi.

Tuan diminta menghantar 5 orang pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 3 sahaja yang merupakan Pengerusi atau Setiausaha bagi Kelab/Persatuan atau Badan Beruniform sekolah tuan untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Pelajar yang hadir dikehendaki berpakaian lengkap sekolah dan bawa bersama fail kelab atau persatuan yang dipengerusikan oleh pelajar tersebut.
Sila maklumkan pengesahan kehadiran melalui telefon kepada Pegawai Kokurikulum PPD T/Laut pada atau sebelum hari Isnin 15/11/2010.

SEKRITERIAT KRS DAERAH TIMUR LAUT MERUPAKAN URUSETIA BAGI PROGRAM INI.

0 comments:

Post a Comment