Pages

Friday, October 29, 2010

KURSUS ASAS GURU TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) DAERAH TIMUR LAUT 2010

Untuk makluman guru-guru TKRS Sekolah Rendah Daerah Timur Laut, kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

           Tarikh     :    02 dan 03 November 2010
           Masa       :    08.00 pagi hingga 05.00 petang.
           Tempat   :    Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands
                              Jalan Padang Victoria, 10400 Pulau Pinang.

Hanya seorang Guru Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi setiap sekolah rendah yang belum pernah menghadiri kursus TKRS akan dicalonkan oleh pihak sekolah untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Bagi guru yang terpilih sila lengkapkan Maklumat Pegawai KRS/TKRS secara online pada ruangan Kemaskini Data Online. Jadual kursus dan borang maklumat diri disertakan sekali dengan surat panggilan kursus yang telah dihantar ke sekolah masing-masing. Sila maklumkan pengesahan kehadiran tuan/puan sebelum atau pada 01 November 2010 kepada Pegawai Kokurikulum PPD Timur Laut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Kokurikulum PPD Daerah Timur Laut di talian 019-4111123.

0 comments:

Post a Comment