Pages

Friday, November 12, 2010

KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH

Perhatian untuk PK Kokurikulum SM Daerah Timur Laut,
Dengan segala hormatnya, untuk makluman tuan, kursus Pengurusan Pemimpin Kelab dan Persatuan bagi Daerah Timur Laut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 hb.November 2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang.
Tempat : Dewan SMK Abdullah Munshi,
Jalan P. Ramlee , 10460 Pulau Pinang.
Pendaftaran : 7.30 – 8.00 pagi.

Tuan diminta menghantar 5 orang pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 3 sahaja yang merupakan Pengerusi atau Setiausaha bagi Kelab/Persatuan atau Badan Beruniform sekolah tuan untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Pelajar yang hadir dikehendaki berpakaian lengkap sekolah dan bawa bersama fail kelab atau persatuan yang dipengerusikan oleh pelajar tersebut.
Sila maklumkan pengesahan kehadiran melalui telefon kepada Pegawai Kokurikulum PPD T/Laut pada atau sebelum hari Isnin 15/11/2010.

SEKRITERIAT KRS DAERAH TIMUR LAUT MERUPAKAN URUSETIA BAGI PROGRAM INI.

Monday, November 8, 2010

PEGAWAI-PEGAWAI SEKRETARIAT KRS DAERAH TIMUR LAUT


KEPADA GURU-GURU PENASIHAT KRS DAN TKRS YANG INGIN MENDAPAT BANTUAN ATAU NASIHAT BERKAITAN KRS DAN TKRS BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI INI...HARAP MAKLUM

Friday, November 5, 2010

Sekitar Kursus Asas Guru TKRS Daerah Timur Laut- Hari kedua 03/11/2010














TAHNIAH KEPADA GURU-GURU YANG BERJAYA MENAMATKAN KURSUS DAN DI ANUGERAH PANGKAT LEFTENAN MUDA...SEMOGA TERUS BERBAKTI KEPADA ANAK MURID DI SEKOLAH..

Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Sekitar Kursus Asas Guru TKRS Daerah Timur Laut- Hari pertama 02/11/2010


guru-guru yang penuh bersemangat, semoga kegemilangan TKRS datang kembali...


Penceramah kusyuk memberi maklumat2 berguna kepada guru TKRS


Penghulu sedang mrmberi arahan kepada anak2 buahnya..


ha!!! macam ni baru btoi....


Tolong menolong, bantu membantu..



gelak sakan nampak..ada apa2 ka tu????

Monday, November 1, 2010

Sekitar Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Sekritariat KRS Pulau Pinang


SEKRITARIAT KRS DAERAH SELURUH PULAU PINANG



BARISAN SEKRITARIAT DAERAH TIMUR LAUT















TAHNIAH KEPADA SEKRITARIAT DAERAH TIMUR LAUT YANG SUDAH DITAULIAH SEBAGAI PEGAWAI KRS DENGAN PANGKAT KAPTEN.

Friday, October 29, 2010

KURSUS ASAS GURU TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) DAERAH TIMUR LAUT 2010

Untuk makluman guru-guru TKRS Sekolah Rendah Daerah Timur Laut, kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

           Tarikh     :    02 dan 03 November 2010
           Masa       :    08.00 pagi hingga 05.00 petang.
           Tempat   :    Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands
                              Jalan Padang Victoria, 10400 Pulau Pinang.

Hanya seorang Guru Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi setiap sekolah rendah yang belum pernah menghadiri kursus TKRS akan dicalonkan oleh pihak sekolah untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Bagi guru yang terpilih sila lengkapkan Maklumat Pegawai KRS/TKRS secara online pada ruangan Kemaskini Data Online. Jadual kursus dan borang maklumat diri disertakan sekali dengan surat panggilan kursus yang telah dihantar ke sekolah masing-masing. Sila maklumkan pengesahan kehadiran tuan/puan sebelum atau pada 01 November 2010 kepada Pegawai Kokurikulum PPD Timur Laut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Kokurikulum PPD Daerah Timur Laut di talian 019-4111123.

Wednesday, October 27, 2010

Seminar Pengurusan Dan Pentadbiran Sekretariat KRS Pulau Pinang 2010

Tarikh         :   27 & 28 Oktober 2010
Tempat        :   Kem PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah.
Lapor Diri   :   09.00 am - 27 Okt. 2010
Terlibat       :   Semua Sekretariat KRS Daerah, Sekretariat KRS Negeri, 
                        Penyelia dan Pegawai Kokurikulum Daerah dan Negeri.
Pakaian rasmi sepanjang seminar adalah Uniform KRS No.3 (Baju Kerja)

" Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan satu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual"
Selamat Berseminar..

Monday, October 18, 2010

KURSUS ASAS GURU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAERAH TIMUR LAUT 2010

 

Untuk makluman guru-guru KRS Daerah Timur Laut, kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 
Tarikh               : 20 dan 21 Oktober 2010
Masa                : 08.00 pagi hingga 05.00 petang.
Tempat             : Pusat Kegiatan Guru Kelawai
                          77, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.

Hanya seorang Guru Kadet Remaja Sekolah (KRS) bagi setiap sekolah menengah yang belum pernah menghadiri kursus KRS akan dicalonkan oleh pihak sekolah untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Bagi guru yang terpilih sila lengkapkan Maklumat Pegawai KRS/TKRS secara online pada ruangan Kemaskini Data Online.  Jadual kursus dan borang maklumat diri disertakan sekali dengan surat panggilan kursus yang telah dihantar ke sekolah masing-masing.
Sebarang pertanyaan  sila hubungi Pegawai Kokurikulum PPD Daerah Timur Laut di talian 019-4111123.

Tuesday, October 5, 2010

JAUH PERJALANAN..

Assalamualaikum,
Ini adalah permulaan kepada kami, jadi sebarang cadangan dan juga komen sila lontarkan agar kami dapat perbaikinya lagi..

sekian terima kasih
p/s : masih dalam pembikinan