Pages

Friday, October 29, 2010

KURSUS ASAS GURU TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) DAERAH TIMUR LAUT 2010

Untuk makluman guru-guru TKRS Sekolah Rendah Daerah Timur Laut, kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

           Tarikh     :    02 dan 03 November 2010
           Masa       :    08.00 pagi hingga 05.00 petang.
           Tempat   :    Pusat Kecemerlangan Sukan Westlands
                              Jalan Padang Victoria, 10400 Pulau Pinang.

Hanya seorang Guru Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi setiap sekolah rendah yang belum pernah menghadiri kursus TKRS akan dicalonkan oleh pihak sekolah untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Bagi guru yang terpilih sila lengkapkan Maklumat Pegawai KRS/TKRS secara online pada ruangan Kemaskini Data Online. Jadual kursus dan borang maklumat diri disertakan sekali dengan surat panggilan kursus yang telah dihantar ke sekolah masing-masing. Sila maklumkan pengesahan kehadiran tuan/puan sebelum atau pada 01 November 2010 kepada Pegawai Kokurikulum PPD Timur Laut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Kokurikulum PPD Daerah Timur Laut di talian 019-4111123.

Wednesday, October 27, 2010

Seminar Pengurusan Dan Pentadbiran Sekretariat KRS Pulau Pinang 2010

Tarikh         :   27 & 28 Oktober 2010
Tempat        :   Kem PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah.
Lapor Diri   :   09.00 am - 27 Okt. 2010
Terlibat       :   Semua Sekretariat KRS Daerah, Sekretariat KRS Negeri, 
                        Penyelia dan Pegawai Kokurikulum Daerah dan Negeri.
Pakaian rasmi sepanjang seminar adalah Uniform KRS No.3 (Baju Kerja)

" Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan satu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual"
Selamat Berseminar..

Monday, October 18, 2010

KURSUS ASAS GURU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAERAH TIMUR LAUT 2010

 

Untuk makluman guru-guru KRS Daerah Timur Laut, kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 
Tarikh               : 20 dan 21 Oktober 2010
Masa                : 08.00 pagi hingga 05.00 petang.
Tempat             : Pusat Kegiatan Guru Kelawai
                          77, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.

Hanya seorang Guru Kadet Remaja Sekolah (KRS) bagi setiap sekolah menengah yang belum pernah menghadiri kursus KRS akan dicalonkan oleh pihak sekolah untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Bagi guru yang terpilih sila lengkapkan Maklumat Pegawai KRS/TKRS secara online pada ruangan Kemaskini Data Online.  Jadual kursus dan borang maklumat diri disertakan sekali dengan surat panggilan kursus yang telah dihantar ke sekolah masing-masing.
Sebarang pertanyaan  sila hubungi Pegawai Kokurikulum PPD Daerah Timur Laut di talian 019-4111123.

Tuesday, October 5, 2010

JAUH PERJALANAN..

Assalamualaikum,
Ini adalah permulaan kepada kami, jadi sebarang cadangan dan juga komen sila lontarkan agar kami dapat perbaikinya lagi..

sekian terima kasih
p/s : masih dalam pembikinan